Silent Reader[s]
ByJiaa


Owner Tutorial Entry Linkies

Assalamualaikum.. maaf blog lama tak update. so busy lately. thanks pada yang singgah tu..
Tips penjagaan mata
Sunday, December 18, 2011

Assalamuailaikum ^_^


hey ..sorry dah dua hari tak update blog ni .. bukan saja2 .. tapi ada hal yang tak boleh dielakkan ..
ha' hari ini nak kongsi tips sikit untuk korang .. nak tahu tips apa .. jom2 .. lah kan kat tajuk entry dah ada ..apa lah ..

okey sekarang jom kita baca tips2 nya ..


Jika anda ingin menjaga kualiti penglihatan yang baik berikut adalah tips yang dapat membantu anda memelihara mata anda.

1. Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai 'anthocyanidins' yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.

2. Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.

3. Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi.

4. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.

5. Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.

6. Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.

7. Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.

8. Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.


#jom amal kan .. mata sihat .. hidup lebih bermakna .. sebab kita boleh melihat keindahan bumi ciptaan Tuhan yang begitu indah ..


 hehe .. okey sampai sini
 dada all ...


Thanks for reading . Like kalau suka .


Older Post Newer Post